Tips @ Petua
Thursday, August 4, 2011
8 Lokasi untuk Mencari Pasangan
8 Lokasi Mencari Pasangan
.....lapan lokasi yang perlu difikirkan bagi mencari pasangan.
1.Perpustakaan - Bagi yg masih belajar,tmpt ini pastinya memberikan peluang kpd kamu ntuk mencari pasangan.kata orang"sambil menyelam sambil minum air"
Bagi yg lelaki,ape kata kamu beranikan diri "approach"
gadis yg kamu suka.hulurkan salam persahabatan dgn sopan dan ikhlas.tentu si gadis tu takkan marah.Perempuan ini tak kisah kalau lelaki bersopan dgn mereka.
Lainlah kalau kamu bersiul dan mengusik mereka.silap hari bulan,kamu makan penampar!
2.Pusat Boling - salah satu tempat yg di gemari oleh remaja.ha,apa kata kamu ajak teman-teman pergi bermain boling.kalau tak main pun,tumpang tengok jadilah.mungkin cinta kamu akan berputik di pusat boling??
3.Pusat beli-belah - Pasti ramai yg tidak percaya.tetapi yakinlah ada di antara kita yg mendapat pasangan di pusat membeli belah.tidak mustahil ini juga berlaku kpd kamu.oleh itu,rajin-rajinlah mengunjungi pusat membeli belah untuk"window shopping" atau menonton wayang.mana tahu mungkin kamu di pikat di sana.. ^_^
4.tempat seminar/camping - kita sering terdengar kawan2 kita bertemu dgn pasangannye sewaktu menghadiri seminar/camping.mungkin perkara yg sama berlaku kpd kamu.selalunya aktiviti ini turut melibatkan orang lain di luar sekolah.jadi apabila kamu di beri peluang untuk menghadirinya,jangan menolak.mana tahu kamu akan mendapat pasangan hidup mu di sana.menghabiskan masa selama beberapa hari bersama pasti akan membuka ruang untuk kamu mengenali lebih ramai orang.
5.Internet - wah!Ini adalah peluang yg paling luas sekali kini.ramai di antara kamu yg mendapat pasangan melalui cara ini.cubalah kamu melayari internet untuk berchatting,manalah tahu rezeki kamu untuk bertemu dgn pasangan melalui internet.tidak kurang juga perkenalan melalui
"chatting" boleh membawa ke jinjing pelamin.lekas..cubalah siapa tahu rezeki kamu.kata orang'tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yg tahu'tapi awas!bnyk juga yg penipu.
selamat berjaya!
6.kenduri kahwin - pasti ade yg gelak bila baca tips ini..tapi banyak yg berkesan tau!pasti ramai yg akan menghadiri majlis perkahwinan.jadi rajin-rajinlah diri memenuhi undangan jemputan perkahwinan.selain mendapat pahala,siapa tahu kamu akan terpikat dengan seseorang di sana nanti??wow!!
7.Pejabat/sekolah - sesekali kamu perlu di tonjolkan diri agar diri kamu menjadi perhatian ramai.dah kenal barulah cinta kan??jadi cubalah menyertai sebarang aktiviti yg di anjurkan oleh organisasi sekolah kamu agar kewujudan kamu akan di sedari..contohnya sukan,kelab, dan sebagainya.pasti ada yg tertarik dengan kamu nanti.
8.kafe - daripada kamu terperap di rumah.apa kata kamu ajak teman-teman lepak di mana-mana kafe.kalau mampu pergilah ke kafe yg eksklusif.tentu yg melepak di situ juga yg best-best.siapa tahu ,tiba-tiba saje kamu mendapat nombor telefon daripada mamat yg duduk di meja sebelah kamu??
Labels:
perkahwinan,
petua kahwin,
rahsia pasangan,
rahsia perkahwinan,
tips
10 Tips/Petua Memilih pasangan yang sesuai
Tips Memilih pasangan yang sesuai
Antara persoalan yang sering bermain di fikiran ialah
sejauh mana kita pasti bahawa kita telah memilih
individu yang sesuai sebagai pasangan hidup? Bak kata
orang puteh "How sure are we that he or she is the
right person for us?"
Yang susahnya, berupayakah kita untuk menilai
perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali
kita terdengar rungutan bagaimana suami berubah
menjadi seorang yang panas baran dan cepat tangan
sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak
mati.
Ada juga situasi di mana si isteri bertukar menjadi
seorang yang paling selekeh sedangkan dahulu beliau
sering berdandan rapi semasa hendak keluar berdua.
Ada pasangan yang benar-benar percaya bahawa cinta
adalah segala-galanya.
Benarkah begitu bahawa cinta itu boleh datang dan
pergi? Mungkin hari ini anda dicintai dan dibelai
sepenuh hati, tetapi bolehkah anda jamin bahawa sidia
tidak akan berubah hati 20 atau 30 tahun dari
sekarang? Tentu sukar kerana ini bukan cerita
Hindustan tetapi realiti.
Memang benar kita tidak boleh memaksa mahupun menjamin
kasih sayang seseorang tetapi sekurang-kurangnya anda
telah meneliti segala aspek personaliti dan tolak
ansur pasangan sebelum anda berkahwin.
1. Pegangan Agama
Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda? Jika isteri
memerlukan tunjuk ajar, adakah anda sanggup mendidik
serta memberi semangat? Lebih-lebih lagi jika beliau
saudara baru. Bagi yang wanita, adakah anda pasti
bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang
baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?
2. Menyayangi Pasangan
Adakah anda menyayangi pasangan yang bakal dikahwini?
Jikalau ianya atas pilihan keluarga, adakah anda redha
dengan pasangan yang telah dipilih? Bagaimana jika
setelah sebulan berkahwin, anda terjumpa wanita atau
lelaki idaman? Jika pernah berkasih dengan orang lain
sebelum ini, sanggupkah anda melupakan segala-galanya
dan mulakan hidup baru?
3. Kesihatan
Adakah anda pasti tentang tahap kesihatan
masing-masing? Pastikan bebas daripada pengaruh dadah
atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan
mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa
anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari
segi mental? Tanya diri sendiri samada sanggup untuk
menghadapi risiko. Jangan tinggalkan keluarga kala
malang menimpa.
4. Zuriat
Bagaimana jika pasangan tidak dapat memberikan zuriat.
Bincang perkara ini sedalam-dalamnya, adakah anda
berdua sanggup mengambil anak angkat atau bagi yang
wanita, mengizinkan suami berkahwin lain. Memang
kelihatan
sukar untuk dibincangkan tetapi bukankah lebih baik
jika anda mengetahui perdirian pasangan mengenai
perkara ini sebelum berkahwin?
5. Kewangan
Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan
menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari
awal. Anda berdua harus berbincang bagaimanakah
perbelanjaan keluarga patut dibahagikan. Adakah suami
menanggung 70% manakala isteri 30% atau masing-masing
50%. Atau adakah suami sanggup menanggung 100%
perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji
sebagai simpanan keluarga. Jika suami mahukan isteri
menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, pastikan anda
telah berbincang mengenaiwang kocek ataupun elaun.
Yang penting, tanya semua aspek tentang kewangan.
Mungkin ada diantara pasangan yang akan bertengkar
semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan
keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu
sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang
SEBELUM anda berkahwin.
6. Kerjaya dan Cita-cita
Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi
wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan
mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya
yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami
mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan
atau sebaliknya? Bincang dengan hati
terbuka lebih -lebih lagi jika anda bercita-cita
tinggi. Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok
jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang
anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan
anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.
7. Kesesuaian
Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah
anda seorang yang peramah manakala pasangan pula
seorang yang pendiam? Atau andakah anda seorang yang
pembersih dan dia pula seorang yang selekeh? Sesuaikah
anda? Anda sendiri yang pastikan kerana kadang-kala
"opposite attracts" tetapi ada juga dari awal-awal
lagi sudah tidak sesuai sikap tetapi mungkin tertarik
di antara satu sama lain kerana faktor lain seperti
rupa paras ataupun kedudukan.
8. Persefahaman
Sudahkah anda berbincang mengenai jadual pulang ke
kampung semasa hari raya? Mungkin kelihatan remeh
tetapi jangan terkejut jika topik balik kampung
menjadi punca pasangan suami isteri bermasam muka di
pagi raya!
9. Keluarga Mertua
Kesuaian serta persefahaman dengan keluarga mertua
adalah sangat penting untuk menjamin kebahagiaan
rumahtangga. Adakah anda serasi dengan keluarga
pasangan? Jangan lupa bahawa apabila berkahwin, anda
bukan sahaja "berkahwin" dengan anak perempuan atau
anak lelaki mereka, malah dengan keluarga mereka juga.
10. Keperluan Seksual
"Absolutely no testing here!!". Maksud sebagai
keperluan seksual adalah... bolehkah pasangan anda
memenuhi citarasa seksual anda? Maksudnya, wanita atau
lelaki yang bakal anda kahwini mestilah
sekurang-kuranngnya menarik minat anda dari segi
seksual kerana keperluan batin adalah sebahagian
daripada kehidupan berkahwin. Hadapilah dengan berani!
Bonus Tip
* Sudahkah anda melakukan sembahyang sunat istikharah?
Seelok-eloknya lakukan ini sebelum anda masuk meminang
ataupun menerima lamaran seseorang.
Labels:
perkahwinan,
petua,
rahsia perkahwinan,
tips,
tips kahwin
Subscribe to:
Posts (Atom)